PKG TEMIN merupakan PKG yang ke 33 ditubuhkan di Pahang sejak tahun 2000. Ia ditempatkan di SK Temin dan berstatus bangunan sementara. PKG Temin juga merupakan PKG yang kelima ditubuhkan dalam daerah Jerantut.
Pada awalnya, PKG berada di bilik mesyuarat pada tingkat 3 bangunan blok A. Pada tahun 2004 ia telah dipindahkan ke tingkat 2 bangunan blok yang sama setelah SK Temin menerima dua buah blok baharu. Berkeluasan lantai 330 kaki X 264 kaki atau 11 bay dengan kemudahan sebuah ruang pentadbiran, dua buah bilik pegawai, sebuah bilik juruteknik, sebuah bilik rehat, sebuah stor, sebuah dewan seminar dan sebuah ruang pusat sumber pendidikan serta sebuah ruang mesyuarat dalam bilik yang sama.
PKG Temin terletak 21km dari BTPN Pahang dan 5km dari PPD Jerantut. Ia mempunyai 10 buah sekolah kelompok iaitu SMK Temin, SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, SK Temin, SK Jerantut, SK Bandar Jerantut, SK Bukit Dinding, SK Tebing Tinggi, SK Gintong, SJKC Sungai Jan dan SJKT Jerantut .
No comments:
Post a Comment